Pendakwah bebas terkenal dipanggil Bukit Aman, dipercayai melibatkan kes gangguan seksual

SEORANG pendakwah bebas terkenal dikatakan akan dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Menerusi laporan Utusan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber berkata, polis telah memanggil pendakwah itu untuk merakam percakapan.

“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan