Pelajar Lelaki Ditemui Maut Dibelasah di Asrama

Seorang pelajar lelaki ditemui mati di sebuah bilik asrama dipercayai di belasah rakan di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah awal pagi Jumaat.

Mangsa, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik asrama oleh warden yang bertugas pada jam 6.50. Mangsa disahkan meninggal duni oleh pihak Hospital Lahad Datu yang tiba untuk memberikan rawatan kecemasan.

“Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej berkenaan. Mayat seorang remaja lelaki dalam keadaan terbaring ditemui di atas lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Rohan Shah, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Kejadian berlaku disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan penghuni di asrama terbabit.

“Seterusnya mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pihak polis menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun manakala satu rampasan alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.

“Setakat ini, polis juga mengesan tujuh saksi bebas untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sumber : Berita Harian