Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

Cukup mengejutkan penyanyi dan pelakon Maya Matahari menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4 petang tadi akibat kanser tisu.

Malah difahamkan Maya,44, juga sebelum ini turut berulang alik ke China untuk mendapatkan rawatan.

Menurut penyanyi Ieda Moin dia juga hanya diberitahu mengenai berita sedih itu melalui kakak Maya yang kini masih berada di Hospital Sungai Buloh.

“Saya juga masih terkejut, saya baru dapat tahu mengenai hal ini.

“Buat masa ini saya tidak boleh kongsi apa-apa lagi masih menunggu panggilan daripada keluarga Maya,”katanya dalam keadaan sebak.

Sementara itu Maya sebenarnya Myanaliza Ruslee merupakan barisan artis popular 90-an. Muncul dengan beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru ternyata dia juga turut aktif menjadi pelakon. Antara filem lakonannya Gemerlapan dan Zaiton: Ceritaku.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 2009 namun perkahwinan itu hanya bertahan tujuh tahun dan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.