Perbicaraan Sajat ditangguhkan Jumaat ini

Isu terkini dari Nur Sajat atau lebih mesra panggilan Sajat lantas menjadi perbualan warga maya berkenaan pekerjanya yang tidak melakukan tanggung jawab dan amanah dengan betul.

Ketika dihubungi oleh The News sebentar tadi, Sajat juga memberitahu bahawa, perbicaraan semalam bertempat Mahkamah Majistret akan dilanjutkan hari Jumaat (20 Disember) sebagai pihak Defendan.

“Semalam semua berjalan dengan lancar, sebab sekarang ni saya pula kena soal jawab sebab pihak plaintif sudah selesai sesi soal jawab mereka jadi giliran saya pula menjawab segala perbicaraan.

“Bukan itu sahaja, Semalam saya turut di soal lebih seratus soalan. Saya akan disambung hari Jumat nanti. Saya tunggu apa lagi soalan selanjutnya dan semestinya saya tidak pasti berapa soalan yang tinggal untuk di soal,” katanya kepada The News.

Sajat turut mengulas lebih lanjut dakwaan pekerjanya yang melakukan pengiraan barang (bengkung sajat) tidak tepat.

“Sebenarnya bukan dia salah kira, dia telah menyalah gunakan kuasa demi kepentingan sendiri sebab itulah adanya isu-isuseperti seperti ini. Lebih tepat dia pecah amanah lah sebab dia memindahkan barang tanpa pengetahuan kita,” katanya lagi.

Sementara itu, Desas-desus turut menyusul mengatakan Sajat telah dikenakan saman ratusan ribu.

“Ya, Saya di saman RM 200,000 dari pihak Plaintif. Tetapi kami menyahut balik untuk tuntuan ganti rugi, tuntuan segala kerugian kita dalam syarikat dan yang lain. Apa-apa pun saya tidak boleh komen lebih sebab masih dalam perbicaraan,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Sajat sangat kecewa dengan tindakan ‘pekerja’ yang tidak melakukan dengan amanah serta menghilangkan kepercayaan terhadap diri Sajat.

“Saya sangat kecewa sebab bukan orang lain pun, dia sepupu saya. Jadi bila dah berlaku macam ini saya hilang kepercayaan dengan dia.

“Kita pun serumpun, orang kata kerana duit mata boleh buta. Tak nampak dah pertalian kita semua itu lah dia.

“Jadi dari situ Sajat akan lebih berhati hati untuk mengenali seseorang walau ada talian darah. Saya sangat terkilan.
Seluruh keluarga Sajat semua tahu isu kami,” katanya.