[Video] Lelaki Seret Wanita Masuk Kolam Renang, Didakwa Cubaan Lemaskan Teman Wanita

Sebuah video tular di platform X memaparkan seorang lelaki yang didakwa cuba melemaskan teman wanitanya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 44 saat itu, lelaki berkenaan keluar daripada kolam renang dan menghampiri wanita tersebut. Kemudian berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum wanita tersebut duduk di kerusi yang berada di tepi kolam renang.

 

Lelaki berkenaan bertindak agresif dan menarik rambut wanita tersebut lalu menyeretnya masuk ke dalam kolam renang. Lelaki tersebut juga dilihat beberapa kali cuba menenggelamkan kepala wanita tersebut yang didakwa teman wanitanya.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat berkenaan lokasi kejadian dan keadaan wanita terbabit.

Sumber : X