Budak 10 Tahun Buat Sembilan Laporan Polis, Mengadu Bapa Pilih Kasih

Bunyinya seperti kelakar, tetapi itulah yang terjadi di China apabila seorang budak berusia 10 tahun membuat laporan polis apabila mendakwa bapanya pilih kasih.

Kanak-kanak tersebut berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk ke balai polis setiap kali bapanya tidak mengendahkannya dan merasakan bapanya lebih menyayangi kakaknya.

Dalam tempoh setahun, sudah sembilan kali kanak-kanak tersebut membuat laporan polis. Bagaimanapun, kes berkenaan berjaya diselesaikan atas bantuan pihak polis sebagai orang tengah.

Ibu bapa kanak-kanak itu mengakui mereka sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak mereka menyebabkan kanak-kanak tersebut merasakan dirinya terabai.

Sumber : South China Morning Post