Bakar Kereta Polis Bantuan, Motif Suspek Masih Dalam Siasatan

Siasatan lanjut masih dilakukan pihak polis terhadap suspek yang membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tahanan reman ke atas suspek dikenakan selama empat hari sehingga Isnin

Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengetahui punca sebenar lelaki berusia 25 tahun yang bertindak membakar kereta polis bantuan dan melakukan vandalism di stesen MRT tersebut.”Kita masih menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang ditangkap.

“Polis ingin mengetahui motif sebenar suspek membakar kereta polis bantuan dan melakukan vandalism di stesen MRT,” katanya yang dihubungi pada Sabtu.

Suspek yang masih bujang bekerja sebagai penghantar makanan.

Sumber : Awani