“Vellfire sebiji 350 ribu, darablah 32 biji, Peehhhh 11 juta” – netizen

Itulah luahan salah seorang warga maya di laman Twitter terhadap isu penerimaan Menteri-menteri kontrak kenderaan melibatkan 32 unit Toyota Vellfire.

Kemudian, isu yang hangat ini diperkatakan menimbulkan ketidakpuashatian diri sebagai rakyat marhaen di laman Twitter. 

Turut difahamkan, Velllfire tersebut akan ditukar setiap empat tahun. Malah bukan itu sahaja, pembelian untuk RM 3,000 kereta Honda Accord bagi pegawai tinggi kerajaan turut diumumkan hari ini. 

“Ditukar setiap empat tahun? Masa memerintah sahaja tinggal berapa tahun. Naiklah puas-puas  wahai Menteri semua. Cium puas-puas Vellfire atas bawah. 

“Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang perlukan bantuan. Tapi nak juga kayakan mereka, yang miskin bertambah miskin. Lama-lama Malaysia jadi seperti negara India,” antara luahan beberapa netizen di laman Twitter.

Bagaimanpun, difahamkan juga beribu kereta kerajaan akan ditukar dan dijangka menelan belanja sebanyak RM 1.5 billion.