Kraftangan Malaysia Berjaya Melepasi Sasaran.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Kraftangan Malaysia telah berjaya memperkasakan komuniti kraf seramai 20,360 orang di seluruh Negara sehingga September tahun ini.

Tambah beliau, daripada jumlah itu seramai 5,737 merupakan usahawan kraf. Diikuti 10,643 pekerja kraf dan selebihnya 3,980 terdiri daripada pembekal bahan mentah, tukang jahit, pekerja sambilan dan penghuni yang menghasilkannya.

Daripada bilangan ini, 2,653 orang merupakan jumlah komuniti kraf di peringkat Sabah.”

Turut dibahagikan seramai 2,129 orang, 300 tenaga pekerja dan lain-lain yang terlibat seramai 224 orang,” katanya pada majlis perasmian Festival Kraf Borneo hari ini.”

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya Abdul Kusen Hussen.

Mengulas mengenai festival itu, Mohamaddin berkata ia memberi peluang kepada kepada 84 usahawan pengusaha kraf Sabah dan Sarawak memasarkan produk kraf tempatan dan sebagai tempat pertemuan peniaga, pengusaha dan pemborong kraf seluruh Malaysia, khususnya Borneo.

Saya yakin Festival Kraf Borneo Sabah 2019 ini pastinya dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat Malaysia memilih.

Juga membeli produk kraf tempatan sekaligus menyumbang kepada pendapatan usahawan kraf di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau juga berkata festival ini merupakan kesinambungan kepada dua penganjuran festival sebelum ini iaitu Festival Kraf Tekstil Borneo dan Festival Kraf Borneo, lapor Borneo Today.

Sementara itu, beliau berkata Institut Kraf Negara (IKN) merancang untuk tubuhkan Kampus Satelit Kraf yang pertama di Kota Belud, Sabah pada 2020.

Namun tambah beliau berkata, kampus itu akan memperkenalkan pengajian berteraskan modul bidang tenunan dan anyaman yang lebih fleksibel.