Warga Indonesia Ditahan Kerana Menipu Maritim Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang lelaki warga Indonesia di perairan Bombalai, Tawau semalam.

Menurut laporan Borneo Today, suspek ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah apabila diminta oleh Maritim Malaysia.

Kejadian yang berlaku lingkungan 3.15 petang ketika superk yang berusia 23, sedang mengemudi bot dalam perjalanan dari Merotai ke Bombalai.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim, V Siva Kumar berkata bot tunda dijumpai semasa rondaan dibuat di perairan tersebut.

Hasil pemeriksaan didapati, bot tersebut dikemudi oleh suspek, namun dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Siva, suspek juga mengemukakan dokumen yang meragukan selain gagal memaklumkan pertukaran ketua kapal kepada pihak berkuasa.

Sehubungan itu, suspek dan bot tunda dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan.”

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.