Home Berita Semasa KKM Tidak Bercadang Laksana PKP

KKM Tidak Bercadang Laksana PKP

 

Menerusi satu sidang media yang dijalankan petang Isnin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP).

“Tidak mengulangi PKP kerana ada yang bertanya dalam ciapan laman X, apakah banyak kegusaran di situ, jadi saya jelaskan, tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP,” katanya ketika sidang media.

Menurut Dr Dzulkefly terdapat beberapa strategi KKM untuk menghadapi lonjakan kes Covid-19 di negara ini dengan kes baharu sebanyak 20, 696 kes setakat 12 tengah hari (18 Disember 2023).

Antara lima strategi utama yang akan dilaksanakan adalah pemerkasaan awal; pemerkasaan komuniti melalui TRIIS; pemantauan fasiliti kesihatan; komunikasi risiko berkesan; dan pendigital sistem kesihatan melalui MySejahtera.

Setakat hari ini terdapat 28 kematian akibat Covid-19 dan 18 jumlah kluster.

Sumber : KKM