Datuk M. Daud Kilau Meninggal Dunia

 

Penyanyi lagenda, Datuk. M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Teluk Intan, Perak kira-kira pukul 4.40 petang, Isnin.

Berita duka itu dikongsikan salah seorang cucu Allahyarham melalui Instagram story miliknya.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah,” katanya.

Datuk M. Daud Kilau sebelum ini mengalami beberapa masalah kesihatan antaranya penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas tangan dan kaki.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah