Zahirah MacWilson Umum Bakal Terima Cahaya Mata Kedua

 

Pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson umumkan bakal menimang cahaya mata keduanya pada tahun 2024 melalui satu hantaran di Instagram malam tadi.

“2023 dah sampai ke penghujungnya. Tak sabar nak 2024. Jumpa awak nanti anak kedua,” tulis Aiman Hakim di Instagramnya.

Zahirah turut memuat naik videonya menunjukkan ‘baby bump’ serta gambar janin selepas pemeriksaan doktor.

Rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut berkongsi kegembiraan dengan pasangan tersebut.

“Alhamdulillah,” tulis Neelofa

“Ahhhh congratulations! Isaac gonna be abang soon!,” ucap Mira Filzah

Turut mengucapkan tahniah pada pasangan itu antaranya Lisa Surihani, Siti Saleha, Nora Danish dan ramai lagi.

Tahniah kami ucapkan!