[Video] Kecewa Ditinggalkan Kekasih, Lelaki Berbogel di Tempat Awam

Hanya kerana kecewa ditinggalkan teman wanita, seorang lelaki dipercayai warga asing berbogel di tempat awam di sekitar Permas Jaya, Johor Bahru.

Video yang tular di Facebook pada Sabtu memaparkan lelaki tersebut cuba melintas jalan dalam keadaan bertelanjang, namun berjaya dihalang dua orang lelaki sebelum pihak polis yang menaiki Unit Kereta Peronda (MPV) tiba.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian suspek berbogel itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat.

Tambahnya lagi, laporan berhubung kejadian diterima pihak polis daripada seorang pekerja hotel berusia 26 tahun yang turut berada di situ.

“Wanita tempatan itu (pekerja hotel) menyaksikan suspek dalam keadaan berbogel di tempat awam.

“Hasil siasatan mendapati punca suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Hasil siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan mental.