Makin Menjadi! Warga Asing Selamba Duduk Rumah Kosong Yang Disangka Tiada Pemilik

 

Isu berkaitan warga asing buat onar di negara ini semakin menjadi-jadi.

Terbaharu, seorang lelaki Srilabu Kedah telah memuat naik di Facebook apabila rumah kenalannya yang kosong telah dihuni oleh sekumpulan warga asing tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, dia telah diminta untuk menjual sebuah rumah jenis apartment di Puchong oleh salah seorang kenalan sahabatnya. Pemilik rumah tersebut kini menetap di sebuah negeri di Pantai Timur.

Pemilik rumah ingin menjual rumah tersebut memandangkan ianya tidak dihuni oleh sesiapa sejak 10 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, alangkah terkejut Srilabu ketika sampai di rumah tersebut apabila mendapati sekumpulan warga asing tinggal di situ.

“Aku pun pergilah nak tengok keadaan rumah elok ke tak. Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah. Aik kata rumah kosong.

“Aku pun call kawan owner tu sekali lagi nak confirm betul-betul, “Betul ke rumah ni kosong?”. Aku pun cakap kat dia “ada orang duduk rumah ni iaitu warga asing!”

“Bukan kata aku yang terkejut, kawan owner dan owner pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun yang lalu,” jelasnya.

Apa yang lebih menggeramkan, supervisor kepada warga asing tersebut meminta bukti daripada Srilabu kerana sudah sekian lama mereka tinggal di situ dan tiada siapa kacau.

“Cakap dengan supervisor warga asing tu, sorang bangla dia kata mereka dah lama duduk situ tak bayar sewa dan tiada orang kacau mereka sebelum ini. Jadi mereka pula minta bukti dari aku, you ni betul ke wakil owner?

Srilabu meminta pemilik rumah untuk membuat laporan polis dan meminta orang ramai untuk menyebar berita ini agar orang ramai lebih peka dan berhati-hati.