Mia Sara Nasuha Tidak Luntur Dalam Industri Lagi

Pelakon Mia Sara Nasuha berkata dia mempunyai perancangan tersendiri untuk mengekalkan prestasi dalam dunia industri hiburan.

Mia juga berkata ingin menceburi bidang selain lakonan seperti muzik dan nyanyian.

Walaupun dirinya sibuk dengan persediaan peperiksaan tingkatan tiga (PT3) tahun hadapan, dia tetap ingin melibatkan diri dia dalam bidang muzik dan nyanyian.

Mia ingin cuba bidang baru iaitu muzik dan nyanyian. Mia memang minat muzik cuma tidak tunjuk dekat orang luar sahaja.”

Dari dulu lagi sudah minat cuma tidak kesampaian dan tiada rezeki dalam bidang ini ( muzik dan nyanyian) sebab tawaran banyak berlakon sahaja,” katanya ketika ditemu ramah The News Malaysia.

Namun, Pelakon berumur 14 tahun ini gemar akan muzik bertemakan Ballad dan RnB.

Sementara itu, Mia berkata bahawa dia tidak pergi ke kelas latihan muzik untuk bermain alat muzik.

Mia tiada masa nak pergi cuma belajar sendiri sahaja. Mia sekarang dah tahu main ukulele dan ada niat ingin belajar alat lain juga seperti gitar dan piano.”

Dan sekarang Mia masuk vokal class cuma waktu sekarang berhenti buat sementara waktu sebab guru vokal Mia sibuk. Jadi kena tunggu masa yang sesuai,” katanya lagi.

Tambah Mia, perancangan masih berjalan seperti biasa cuma perlu tambah pengalaman dan asah bakat.