“Duit Last Ayah Bagi” – Lelaki Cari Pemilik Asal Duit RM 50

 

Sebuah perkongsian di Facebook menjadi tular di mana seorang pengguna bernama Tuah Lim atau Mohd Azfarul Zainol Akmar, 35, mencari pemilik asal duit kertas bernilai RM 50 yang diperolehnya.

“Duit last ayah bagi 11/5/20”, Al-Fatihah” – Itulah yang tertulis pada wang kertas tersebuut.

Menurutnya, duit itu diperoleh ketika dia mengeluarkan wang di mesein pengeluaran automatic (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang, kira-kira jam 4.15 petang.

“Pada mulanya tidak sedar, apabila sampai di rumah ketika keluarkan duit, baru ternampak ayat pada wang kertas RM50 tersebut.

“Terus saya rasa terharu dan sedih bila terkenangkan mungkin pemilik duit ini terpaksa gunakan walaupun ia amat bermakna dan punya nilai sentimental, kenangan terakhir bersama ayahnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ujarnya, buat masa ini, dia berharap pemilik wang tersebut dapat ditemui kerana sedar ia satu kenangan berharga.

“Saya pun tidak akan guna duit ini selagi pemiliknya tidak ditemui, itu janji saya,” jelasnya.