Home Hiburan Konsert TRIO TERHEBAT Vol 1 Gandingan Bams, Marcell dan Once Mekel

Konsert TRIO TERHEBAT Vol 1 Gandingan Bams, Marcell dan Once Mekel

Buat pertama dan julung kali seumpamanya dipersembahkan di Malaysia. Gabungan tiga penyanyi dengan karisma, pesona dan vokal tiada tara akan bersama di atas satu panggung.

Once Mekel, Marcell dan Bams bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air. Mereka akan digabungkan di atas satu pentas dalam konsert Trio Terhebat (Vol 1) yang akan berlangsung pada 4 Mei 2024 di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Bagi Arena Muzik dan ICON Entertainment, menggabungkan Once, Marcell dan Bams dalam Trio Terhebat umpama membawa penonton hadir dalam ‘perayaan vokal’ dan bonus berganda dengan tiga penyanyi solo lelaki di atas satu panggung.

Once Mekel yang cukup dikenali dengan vokal jantan ini dijangka akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu popularnya antaranya Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Untuk Kita.

Manakala Marcell pula akan mendendangkan lagu-lagu seperti Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Memendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernag Berubah.

Buat peminat yang merindukan Bams, penyanyi ini akan menyanyikan Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

Tiket boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com dengan harga RM 268, RM 308, RM 358, RM 458, RM 558 dan RM 1388.