Dr Maszlee Malik letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan?

Berita tergempar petang ini tentunya berkaitan khabar angin yang mengatakan Dr Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai menteri pendidikan sebentar nanti.

Menurut laporan Malay Mail terdapat sumber yang mendakwa Maszlee telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir tengah hari tadi.

“Beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya hari ini dan PM menerimanya.

“Ketika ini, Maszlee sedang bertemu dengan kakitangannya dan akan mengumumkan keputusan beliau pada sidang akhbar petang ini” kata sumber tersebut.

Sementara itu jemputan Sidang akhbar yang dibuat kepada pihak media sudah pun diedarkan dan dijadualkan sidang akhbar tersebut akan diadakan pada jam 4.30pm ini di Kementerian Pendidikan dekat Putrajaya.

Maszlee, yang juga mantan pensyarah dilantik sebagai menteri pendidikan pada 21 May selepas pengumuman Dr Mahathir melantik dirinya sebagai menteri pendidikan mendapat tentangan pelbagai pihak.

Maszlee juga merupakan ahli parlimen Simpang Renggam dan ahli majlis tertinggi Bersatu.