“Fatimah, Wanita pertama dilantik sebagai Pengarah JPJ Negeri Perlis”

Kredit-Sinar Harian

Fatimah Mohamed Ali Piah telah di beri pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis hari ini lantas memegang rekod wanita pertama atas jawatan tersebut hari ini.

Kemudian, Jawatan tersebut juga telah diumumkan oleh pihak JPJ atas usaha yang ditunjukkan oleh Fatimah melayakkan beliau memegang tanggungjawab sebagai Pengarah JPJ.

Sementara itu, dalam kenyataan JPJ hari ini memaklumkan bahawa pelantikan Fatimah telah menggantikan Shahrul Azhar Mat Dali, yang ditukar dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Seksyen Operasi, Ibu Pejabat JPJ berkuat kuasa hari ini.

“Ini sedikit sebanyak menjadikan beliau matang dalam membuat keputusan dan berkredibiliti untuk menyandang jawatan pengarah negeri wanita yang pertama,” kata JPJ.

Menurut sumber Bernama, Fatimah, 51,  yang telah berkhidmat selama 25 tahun bersama JPJ, pernah menyandang beberapa jawatan. Antaranya ialah  Ketua JPJ Cawangan Gua Musang, Pegawai Perhubungan Awam JPJ Selangor, Ketua Unit Aduan dan Siasatan Ibu Pejabat dan Ketua Unit Pengukuhan Integriti Ibu Pejabat.