Buka Kotak Limau dan Periksa, Cashier Kedai Dipuji Netizen

 

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, pastinya ramai yang akan membeli buah limau tak kira bangsa.

Menerusi satu ciapan di X MALAYSIAVIRALLL, tindakan seorang jurujual di salah sebuah 99 Speedmart mendapat pujian netizen apabila membuka kotak limau dan memeriksa sekiranya terdapat buah yang sudah busuk. 

 

“Baru-baru ni saya beli limau di 99 Speedmart. Sebelum bayar, cashier minta kebenaran saya untuk buka dan periksa semua limau. Takut busuk katanya.

“Biasanya kalau saya beli sekotak akan ada dua atau tiga yang busuk.

“Saya salute pekerja 99 Speedmart ni sebab ambil extra initiative untuk periksa. Memang betul ada satu biji yang busuk dan mereka gantikan dengan sebiji yang lain. Kudos to team 99 Speed Mart!,” ujarnya

Perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen dan ramai yang memuji tindakan pekerja tersebut.

“She do her job with sincerity and pride. Kudos to her,” puji salah seorang pengguna X.