[Video] Sharifah Amani Kongsi Berita Gembira, Umum Hamil Anak Sulung

 

Selepas mendirikan rumah tangga dua tahun, pelakon Sharifah Amani berkongsi berita gembira yang dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita kehamilan ini menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram (IG).

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani)

Video tersebut memaparkan reaksi suaminya, ahli keluarga dan teman-teman rapat di saat dikhabarkan berita gembira itu oleh Sharifah Amani.

Perkongsian video itu turut mendapatkan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti antaranya Lisa Surihani, Alif Satar, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.