Angkara Cemburu, Wanita Maut Dipukul Suami Guna Dumbel

Seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya angkara cemburu dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pada jam 5.33 pagi pihak polis menerima laporan daripada suspek sendiri yang mengatakan isterinya mengalami sawan lalu membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kecederaan di bebeberapa bahagian tubuh badan mangsa berusia 33 tahun itu. Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu sebelum dibawa ke hospital.

Suspek ditahan pada 12.49 tengah hari, senjata yang digunakan iaitu dumbel turut dirampas.

Suspek mempunyai dua rekod lampau iaitu kes pukul dan dadah. Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah. Kini suspek ditahan reman seminggu Sabtu hingga Jumaat depan.

Sumber : Awani