Sebak Luahan Ibu Zayn Rayyan, “Mommy Bangga Lahirkan Abang”

Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, berkongsi luahan hatinya yang merindukan arwah anaknya di media sosial.

Melalui hantaran terbaru di Instagram miliknya, Ismanira Abdul Manaf, 28, memuat naik beberapa klip video kenangan Ketika Zayn Rayyan masih hidup yang dilihat sangat ceria.

Ismarina meluahkan rasa bangganya telah mengandungkan dan melahirkan Zayn.

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” tulisnya.

Kes pembunuhan Zayn Rayyan masih dalam siasatan dan pihak polis setakat ini tengah mengambil 86 keterangan dan 238 sampel DNA.

Sumber : Awani