Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Pelakon Hafidz Roshdi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Athira Yuhada.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi satu hantaran di Instagram. Difahamkan majlis pernikahan itu dilangsungkan malam tadi di Glenmarie, Shah Alam.

“Alhamdulillah #HafidzAthira,” tulisnya ringkas.

Teka teki mengenai hubungan mereka akhirnya terjawab selepas tular undangan perkahwinan mereka pada awal minggu ini.

Hafidz Roshdi sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu.