Anak Nora Ariffin Meninggal Dunia

Hari yang cukup pilu buat penyanyi Nora Ariffin apabila anak keduanya Alif Johan menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Berkongsi kisah sedih ini melalui laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

??????

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Nora yang dilihat membuat pengumuman ini di dalam pesawat memberitahu ini adalah ujian berat buat dirinya selepas kehilangan suami Allahyarham Johan Nawawi dua tahun lalu.

“Allah uji saya lagi, anak aya Alif Johan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya.

“Dan akan dikebumikan secepat mungkin,” kata Nora dalam sebak.

Sementara itu Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, merupakan pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM). Menyimpan impian untuk bergelar seorang komposer seperti ayahnya, Alif juga turut tercalon sebagai 20 protege dalam program Mentor Milenia yang sedang ditayangkan kini.