Dewi Remaja 2019 Nampak Bijak,

Malam tadi menyaksikan peserta Dewi Remaja dari Kuala Lumpur, Shaza Bae telah menjadi juara Dewi Remaja 2019 . Dalam saingan yang berlangsung di Visual Three Studio, Seri Kembangan,

 

Shaza berjaya menewaskan empat lagi peserta iaitu Adriana Ghafar (Naib Juara), Nynaa Harizal (Ketiga), Syamira Izzati (Ke-4) dan Shatirah Amanda (Ke-5).

Sepanjang paparan tujuh episod siaran berlangsung, seramai 12 finalis telah diuji dengan pelbagai cabaran intensif bagi mengenal pasti potensi untuk menyambung legasi jenama Dewi Remaja. Penilaian dibuat berdasarkan markah daripada pihak juri tetap iaitu Scha Al Yahya dan Yusri Abdul Halim, manakala Datuk Aznil Nawawi dan Dr. Soo Wincci pula bertindak selaku juri tempatan.

1

Selaku juara, Shaza Bae membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta gelaran selaku Dewi Remaja 2019. Pemenang tempat kedua meraih hadiah wang tunai RM7,000, manakala ketiga pula RM5,000 serta tempat ke-4 dan ke-5 pula membawa pulang RM1,000.

– Senarai Pemenang Dewi Remaja 2019 –

1. Shaza Bae

2. Adriana Ghafar

3. Nynaa Harizal

4. Syamira Izzati

5. Shatirah Amanda

  • Dewi Inspirasi – Nina Amin
  • Dewi Favourite (undian digital) – Sharlina Gilbert