Amaran Hujan Lebat Di Tiga Negeri

Keadaan cuaca hujan yang tidak dapat dijangka hingga Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terus mengeluarkan amaran cuaca waspada hari ini.

Menurut laporan MetMalaysia di Twitter, Hujan lebat akan mula pada 17 Disember melibatkan dua buah negeri Terengganu dan Pahang.

Bagi Terengganu, daerah yang dilanda hujan lebat ialah Dungun dan Kemaman serta Pahang melibatkan daerah Bera, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Seterusnya, MetMalaysia turut melaporkan bahawa hujan lebat dijangka berlaku seterusnya pada 18 Disember di Sabah.

Laporan MetMalaysia lantas menunjukkan Sabah antara banyak daerah yang akan dilanda hujan lebat dan turut dikhuatiri berlakunya gelombang banjir.

Daerah yang terlibat ialah di Pantau Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Bagaimanapun, harap warga di Terengganu, Sabah dan Pahang akan bersiap sedia dengan amaran dijangka berlakunya hujan lebat dan dikhuatiri berlakunya banjir.