Elly Mazlein Sah Kini Tunangan Orang

Hari ini menyaksikan majlis pertunangan Penyanyi, Pelakon dan Pengacara Elly Mazlein bersama Mohamad Azlan yang berlangsung Di PWTC Sebentar Tadi.

Majlis dihadiri oleh kedua – dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan. Acara dimulakan dengan Perbincangan antara kedua belah pihak mengenai majlis yang bakal dilangsungkan nanti.

Hantaran berbalas 7 dari pihak Perempuan dan 5 dari pihak Lelaki. Termasuk Sebentuk Cincin. Sementara itu Pn Zaiton Abdullah Ibu kepada Mohamad Azlan Telah menyempurnakan acara menyarung Cincin kepada Elly Mazlein Tanda Pertunangan.

Majlis yang cukup meriah dengan berkonsepkan Inggeris Garden. Dan Elly memperagakan busana dari Jimmy Couture.

Elly juga bersyukur kerana majlis yang dirancang pada hari ini berjalan dengan jaya nya dan saya berterima kasih pada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis pertunangan ini. Di sini saya berharap agar semua peminat dan semua orang dapat mendoakan perjalanan majlis saya ini hingga ke hari pernikahan nanti. Elly Mazlein yang ditemui The News Malaysia.

Ikatan Pertunangan antara Elly Mazlein dan Mohamad Azlan hanya sebulan dari tarikh pertunangan mereka dan dijangka akan melangsungkan majlis Pernikahan pada 17hb January 2020 tahun hadapan.