“Aku Hidup Lagi!” – Wanita Mengamuk Serang Penyondol

Sebuah video tular di mana seorang wanita bertindak menyerang perempuan yang didakwa penyondol kepada suaminya.

Menerusi video itu dapat dilihat wanita tersebut mengamuk dan melepaskan kemarahannya terhadap orang ketiga dalam rumah tangganya sambil ditahan oleh suaminya.

Video yang tular di platform X itu setakat ini mendapat lebih daripada 1 juta tontonan.

“Aku ni hidup lagi, tak cerai lagi,”tempik wanita itu

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa isteri. Ramai juga yang turut sama geram dan bengang dengan tindakan lelaki tersebut yang sanggup berlaku curang.