Lelaki Kantoi ‘Pancing’ Seluar Dalam di Ampaian

Tindakan seorang lelaki yang sedang mencuri seluar dalam di ampaian berjaya dirakam seorang indidvidu.

Kejadian dipercayai berlaku di bahagian belakang rumah flat yang lokasinya tidak ketahui.

Menerusi video yang tular, lelaki tersebut dilihat ‘memancing’ beberapa helai seluar dalam dan memasukkan seluar dalam tersebut di dalam seluarnya.

Lelaki itu juga kelihatan seperti dalam kegelisahan sambil melilau persekitarannya sebelum meneruskan aksi ‘memancing’ seluar dalam yang berada di bangunan atas.