Aksi sujud syukur pelajar Sekolah Sultan Alam Shah mendapat perhatian netizen

Semestinya hari mendebarkan buat pelajar tingkatan tiga yang akan mengambil keputusan hari ini. Risau dan gementar jika mendapat keputusan yang kurang memuaskan pihak sekolah terutama ibu dan bapa mereka. 

Hari ini keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah pun diumumkan bagi seluruh sekolah di Malaysia. Namun bagi pelajar Sekolah Sultan Alam Shah mendapat perhatian netizen apabila mereka membuat sujud syukur di padang sekolah mereka.

Turut difahamkan, Keputusan PT3 telah dikeluarkan tepat jam 10 pagi tadi serta catatan merekodkan seramai 75 pelajar (10A),  42 pelajar (9A), 25 pelajar (8A), 13 (7A), 10 (6A), dan pelajar (5A) serta jumlah pelajar yang mengambil PT3 seramai 166 orang. 

Walaupun ada antara mereka yang tidak menerima keputusan cemerlang, tetapi mereka tidak menunjukkan reaksi yang sedih malah gembira dengan pencapaian rakan mereka. 

Bagaimanapun, aksi sujud syukur mereka  tular di laman Twitter dengan meraih lebih 600 ulang ciap dan 1,000 lebih tanda suka serta beberapa komen yang positif dari warga maya.