Bapa dan Anak maut akibat kemalangan kereta

Kemalangan teruk melibatkan dua kenderaan bertembung menyebabkan mangsa Muhammad Eijaz Firdaus Mohd Izuan dan Mohd Izuan Isahak maut selepas kejadian yang berlaku di Jalan Masjid, Pasir Gudang, Hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi, Eijaz, 2, difahamkan meninggal dunia di tempat kejadiaan. Namun, bapanya pula, Izuan, 33, dikejarkan ke Hopsital berdekatan dan meninggal dunia selepas menerima rawatan oleh jururawat.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Iswara dinaiki dua beranak itu bersama seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan hilang kawalan.

“Proton Iswara dipandu mangsa dari arah pusat bandar Pasir Gudang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum pemandu Honda Civic dari arah Taman Scientex menghala ke pusat bandar Pasir Gudang tidak sempat mengelak menyebabkan dua kereta itu berlanggar,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah beliau, akibat perlanggaran itu, penumpang Proton Iswara yang juga kanak-kanak parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, pemandu kereta itu pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Bayi perempuan yang turut cedera di kepala dibawa ke HSI, manakala pemandu Honda Civic iaitu lelaki berusia 40 tahun cedera di kaki dan menerima rawatan di hospital swasta.

“Lagipun, tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan tiada saksi bebas yang hadir membuat laporan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.