“Kalau terlupa bawa topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera” Terkena jangkitan Influenza A, Zizan Razak tetap menghiburkan

Kalau sudah namanya pelawak dalam sakit juga mampu buat orang ketawa. Menjelaskan dirinya kini dalam rawatan di hospital, pelakon popular Zizan Razak ketika ini terkena jangkitan virus Influenza A.

Berkongsi gambar terkininya yang nampak lemah, Zizan bagaimanapun tidak lupa untuk menceriakan pengikutnya di Instagram dengan kapsyen yang cukup menghiburkan.

“Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. “

Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A.

“Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan,” tulisnya.

Tidak sekadar menulis kapsyen yang cukup mencuit hati, Zizan turut sempat menasihati mereka di luar sana agar berhati-hati dengan virus ini selain memakai topeng ketika di tempat awam.

“Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak.

“Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera,” tambahnya.

Meminta agar pengikutnya mendoakan kesembuhan dirinya, Zizan juga turut berterima kasih kepada mereka yang melawatnya di hospital.

“ Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda.“

Doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys,” tulisnya lagi.

Semoga cepat sembuh Zizan