❝ Tolong lah Sedar ❞ – Isteri

Seorang isteri mengharapkan keajaiban buat suaminya yang terlibat dalam kemalangan semalam.

Melalui perkongsian di Facebook miliknya Balqis Saidi meminta agar mendoakan kesembuhan buat suaminya yang masih belum sedar.


Sementara itu apa yang turut menyentuh hati pengguna laman sosial, difahamkan Balqis baru sahaja menerima kejutan berupa kek hari lahir daripada suaminya sehari sebelum hari kejadian.

Baru semalam awak buat suprise kat tempat kerja. Bawak kek unicorn. Harini awak buat suprise lagi kat saya. Tapi suprise harini tanpa senyuman dan suara awak ? Sayangku Alif Wave Utara tolong laa sedar tolong laa bangun tolong laa kuat untuk saya untuk semua.

Tolong laa ? saya dah tak mampu tengok keadaan awak yang sekarang. Sumpah tak mampu. Saya rindu suara awak saya rindu gelak tawa awak, saya rindu usikan awak, saya rindu ciuman awak. Saya rindu semua tentang awak sekarang ? Ya ALLAH berilah keajaiban buat suamiku Ya ALLAH ?,”

Sumber FB- Balqis Saidi