Banjir – Kuala Krai Kini Pulih

Keadaan banjir di jajahan Kuala Krai pulih sepenuhnya.

Cuaca baik pada sebelah pagi banyak membantu proses pemulihan gelombang pertama banjir di jajahan itu.

Tempat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan 167 orang penduduk terjejas banjir di jajahan berkenaan semalam mula di tutup secara berperingkat hari ini mulai jam 12 tengahari.

PPS terakhir yang menempatkan 63 penduduk terjejas di tutup adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang pada jam 2 petang tadi.

Tinjauan krew berita RTM mendapati, penduduk bersama anggota keselamatan giat melakukan proses pembersihan.

Sumber : KelantanFM