OPPO Find X5 Pro: Telefon bimbit ini berpotensi jadi telefon pintar paling sempurna!

OPPO Find X5 Pro: Telefon bimbit ini berpotensi jadi telefon pintar paling sempurna

SEJAK menerima OPPO Find X5 Pro, penulis percaya telefon akan sentiasa menjadi telefon pintar pilihan hati.

Bak kata pepatah, jatuh cinta pandang pertama… Kali pertama mata memendang, Ini mempunyai kemasan yang terbaik, kamera yang menganggumkan, serta skrin yang baik, menjadikan telefon ini merupakan telefon pintar yang boleh dikatakan sempurna.

Jadi kenapa agaknya sehingga begitu tinggi pujian diberikan kepada model ini? Jom ‘go thru’ satu persatu sesi buka kotak ini!

Buka Kotak

OPPO Find X5 Pro didatangi dengan kotak berwarna kelabu, dengan cetakan nombor 5 di atas sebelah kiri, serta tulisan “OPPO Find x5 pro 5G” di bahagian tengah bawah kotak.

Di bahagian kanan kotak, terdapat logo OPPO dan Hasselblad untuk menandakan kolaborasi diantara telefon dan jenama Hasselblad.

Manakala di bahagian belakang, tertulis spesifikasi dan variasi warna yang dipilih.

Dibahagian dalam kotak, terdapat kotak kecil hitam yang mengandungi SIM ejektor pin, buku manual dan kad servis premium, di mana terdapat QR kod untuk ke laman web servis premium.

Bercakap mengenai premium, ia turut didatangi dengan  TPU soft case dengan kemasan frosted yang kelihatan sangat mewah. terbaik!

Dan pastinya, anda akan jumpa telefon pintar itu sendiri.

Dibahagian dalam pula, terdapat  kable USB-A sehingga USB-C bersama pengecas SUPERVOOC 80-watts.

Rekaan & Binaan

Seterusnya, jom kita lihat rekaan dan binaan peranti ini, penulis rasakan lebih afdal jika kita mulakan dengan bahagian belakang telefon ini.

Kalau sebelum ini warna putih Samsung S22 Ultra dan iPhone 13 Pro Max dirasakan warna putih paling seksi, kini OPPO Find X5 turut termasuk dalam senarai pilihan penulis!

Pertamanya, ia dihasilkan dengan seramik yang juga lebih digemari penulis berbanding binaan kaca di belakang kerana kekuatan binaannya, malah OPPO juga telah menjalankan Vickers Hardness scale untuk menjadikan telefon ini kalis calar.

Dan kerana ia berwarna putih, jelas tiada sebarang isu berbankit mengenai kesan ‘fingerprints’ yang merupakan satu kelegaan buat penulis.

Dan kerana rekaan unik bonjolan kamera yang direka dengan cerun ke arah panel belakang kira-kira 75 darjah, memegang OPPO Find X5 Pro terasa sungguh selesa.

Malah kemasan ‘matte’ di belakang telefon ini membuatkan ia kurang licin sekaligus memastikan ia sentiasa terletak di telapak tangan pengguna. Malah dengan berat 218 gram dan ketebalan 8.5mm, ia terasa cukup ringan berbanding telefon jenama lain.

Kemudian turut dipaparkan ukiran Powered by MariSilicon” di bahagian belakang sebagai simbolik keunikan Neural Processing Unit (NPU) yang dibina OPPo bagi menjamin pemprosesan imej serta video yang lebih berkualiti; okay nanti sembang lebih lanjut mengenani perkara ini di perenggan ulasan kualiti gambar.

Di bahagian kanan pula, tercetak jenama OPPO serta Hasselblad.

Menaip menggunakan OPPO Find X5 sambil ia diletakkan di permukaan juga terasa selesa kerana langsung tiada pergerakan, memang best!

Bercerita tentang ‘ports’ dan ‘buttons’ pula, selain slot USB-C di bahagian bawah, terdapat juga slot dwi sim kad.  Namun sayangnya tiada lago slot tambahan untuk MikroSD diberikan. Kemudian terdapat dua two stereo speakers  dan satu lagi pembesar suara di bahagian ‘earpiece’, malah, ia turut menyokong teknologi Dolby Atmos.

Punat kawalan ‘volume’ pula terbina di bahagian sisi kiri dan punat kuasa di bahagian kanan.

Paparan skrin datang dengan rekaan melengkung di bahagian sisi yang hadir dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus bersama n-display fingerprint sensor. Meleleh beb spesifikasi dia!

Kemasan ‘rounded polished aluminum frame corners’ juga menjadikan OPPO Find X5 begitu menawan! Tak keterlaluan jika penulis menyifatkan ia sebagai antara telefon pintar ‘flagship’ paling “sedap” dipegang setakat ini.

Dan pastinya, ia datang dengan pengiktirafan IP68 Dust and Water Resistan.  Tak suka warna putih? Warna Glaze Black pun ado!

Paparan

Bercerita tentang paparan, OPPO Find X5 Pro dilengkapi dengan skrin 6.7-inch AMOLED LTPO. Sejujurnya, penulis terkesima pada saat pertama menghidupkan peranti ini kerana kecerahan paparannya. Manakan tidak, kecerahan maksima boleh mencecah 1300 nits.

Penulis amat berpuas hati dengan jenama OPPO yang secara konsisten memberikan paparan terbaik buat Find X series, dengan perakuan A+ for the DisplayMate, ’10-bit high-quality display’ OPPO Find X5 Pro memberikan lebih i bilion warna yang memastikan paparan yang ditunjukkan setanding ‘PC monitor’ berkualiti tinggi.

Kadar Dynamic Refresh Rate pula mencapai sehingga 120Hz, dan terima kasih kepada panel LTPO, kadar segar semula boleh diturunkan sehingga 1Hz semasa skrin berada dalam keadaan statik, ia juga akan dinaikkan ke kadar asas mengikut aktiviti skrin, dan pastinya ia dapat menjimatkan bateri!

Penulis juga sedikit tertanya-tanya dengan pretasi bateri OPPO Find X5, dan ternyata, sehingga artiken ini ditulis, pretasi 1000 Hz touch sampling rate sesungguhnya amat luar biasa! Membaca tulisan yang amat kecil juga terasa amat jelas!

Dengan gandingan WQHD+ of 1440 x 3216 pixels dan 2.7% screen-to-body ratio, ia memastikan pengalaman menonton video terasa amat puas, tambahan lagi apabila menonton filem kegemaran di Netfilx! Mana taknya, ada Widevine L1, Full HD playback with HDR 10 – HEVC. Phew!

Kamera

Kita teruskan dengan ulasan kamera pula, OPPO Find X5 Pro hadir dengan:

  • Kamera utama 50-megapixel f/1.7 IMX766 sensor
  • Serta 50-megapixel f/2.2 ultrawide lens bersama IMX766 sensor
  • Dan 13-megapixel f/2.4 telephoto lens

Bagaimanapun kemera microscope yang terdapat pada model Find X3 Pro sebelum ini tidak didatangkan bersama Find X5 Pro ini.

Kamera hadapan pula mempunyai sensor 32-megapixel f/2.4 IMX709.

Penulis juga berkesempatan mengambil beberapa keping gambar, dah sudah pasti, warna yang dihasilkan hasil kerjasama dengan Hasselblad ternyata memukau terutamanya kamera hadapan.

Penulis berpendapat ia juga terdorong oleh penggunaan MariSilicon X Imaging NPU yang membantu pemprosesan menghasilkan gambar dan video setaraf kualiti layar perak.

Bercerita tentang kualiti video pula, kemera belakang mampu merakam sehingga 4k 30 FPS bersama teknologi 5-axis optical stabilization yang menghasilkan kualiti video yang cukup stabil.

Kamera hadapan pula mampu merakam sehingga 1080p 30 FPS. Padu geng!

Spesifikasi

OPPO Find X5 Pro didatangkan bersama Snapdragon 8 Gen 1 chipset. Ya! chipset yang terkenal kerana ‘kepanasannya’. Namun diharap ia tidak mendatangkan sebarang kesan dengan adanya Multi-tier Cooling System yang menyaksikan model ini mempunyai vapor chamber yang 75% lebih besar berbanding model terdahulu.

Untuk RAM dan ruang storan pula, varian yang hadir untuk pasaran Malaysia hanyalah sebesar 12GB RAM dan 256GB ruang storan.

Namun jangan risau! Ada juga pilihan penambahan RAM secara virtual yang menggunakan sedikit ruangan storan. Ana boleh pilih antara 3, 5, atau 7GB RAM virtual yang bakal memberikan sehingga 19GB RAM secara keseluruhan! Phew!

OPPO Find X5 Pro datang bersama perisian ColorOS versi 12, ia juga merupakan merupakan perisian Android paling stabil setakat ini.

Penulis amat teruja dengan beberapa ciri baharu seperti Quick Launch, Multi-Screen Connec serta pilihan untuk mengatur ruangan skrin mengikut kesukaan peribadi.

Saiz bateri yang didatangkan pula ialah sebesar 5000 mAh dimana ia besar berbanding model Find X3 Pro.

Pengecasan pantas pula telah dinaik taraf kepada 80 watts SUPERVOOC berbanding  65 watts pada tahun lalu, pengecasan tanpa wayar pulak kini menikmati kuasa 50 watts AIRVOOC berbanding 30 watts  pada model terdahulu.

Berapa lama nak capai kapasiti pengecasan penuh dengan teknologi tanpa wayar ni? Cuma 47 minit!

OPPO juga menyatakan ia cuma 12 minit diperlukan untuk pengecasan 0 ke 50%.

Maka tidak hairanlah, penulis beranggapan OPPO Find X5 Pro antara telefon bimbit paling sempurna setakat ini!

Terima kasih kerana membaca!- adamlobo.tv