Sebanyak 605 notis kesalahan berjumlah RM144,450 dikeluarkan hari pertama penguatkuasaan larangan merokok 2020

Sumber Foto : berita RTM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 605 notis kesalahan dengan jumlah kompaun sebanyak RM144,450 telah dikeluarkan Kementerian kesihatan Malaysia, KKM sepanjang penguatkuasaan larangan merokok pada hari pertama penguatkuasaan, Rabu lalu.

Kenyataan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menyebut 34 notis kesalahan telah dikeluarkan kepada golongan orang belum dewasa.

Selain itu, sebanyak 103 notis kesalahan dengan jumlah kompaun bernilai RM25,750 telah dikeluarkan kepada pemilik premis.

Ia merangkumi 79 notis kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan 24 notis kesalahan kerana menyediakan kemudahan merokok.

Keseluruhan, melalui tinjauan di lapangan, rata-rata tuan punya premis telah memberikan kerjasama dalam melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan berbanding tempoh amaran atau tiada pengeluaran kompaun pada 1 Januari tahun lalu.

Namun bilangan perokok yang merokok di tempat makan masih tinggi dengan 10% perokok didapati merokok di premis yang dilawati.

Penguatkuasaan pada hari pertama itu melibatkan pemeriksaan di 6,119 premis makan.