Wawa Zainal Lahirkan Anak Ketiga

Selebriti popular, Wawa Zainal selamat melahirkan anak ketiganya semalam.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan

Sebelum ini melalui laporan The News Wawa dan pasangannya Aeril Zafrel memberitahu nama anak ketiganya diinspirasi bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki, Aya Soffya.