Zuraida Kamaruddin -“Pingat emas keempat, Tahniah Malaysia”!

Naib presiden Pakatan Harapan (PH), Zuraida Kamaruddin meluahkan rasa gembiranya di laman Twitter mengenai kontinjen Malaysia merangkul pingat emas keempat di Sukan Sea Filipina hari ini.

Menurut ciapan beliau, berkata tidak sangka dengan keputusan yang diterima kerana dapat mengalahkan tuan rumah (Filipina) dengan mudah.

“Tahniah atlet luncur ais, raih pingat emas keempat & tahniah pasukan badminton negara yang mudah mengalahkan tuan rumah Filipina di suku akhir.

“Saya turut serta memberi sokongan kepada atlet negara yang bertanding di Sukan SEA Filipina,” katanya dalam satu ciapan beliau.

Sumbangan pingat emas tersebut diraih dari acara luncur ais dan badminton.

Bagaimanapun ciapan beliau turut meraih 65 ulang ciap dan 183 tanda suka serta komen yang positif