Budak lemas akibat terjatuh

Seorang budak kecil berusia tujuh tahun dijumpai lemas akibat terjatuh ke dalam air paras tinggi di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh pagi tadi.

Turut difahamkan mangsa tersebut terjatuh lingkungan pukul 8.00 pagi.

Sementara itu, mangsa direkodkan sebagai mangsa pertama yang lemas dan maut di Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Kanak-kanak Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,636 melibatkan 1,621 keluarga setakat pukul 7.00 pagi ini berbanding 2,652 mangsa daripada 781 keluarga malam tadi.