Wan tidak kisah jika disingkirkan

Meskipun sudah diumumkan peserta tercorot dalam minggu ketujuh Gegar Vaganza (GV), penyanyi veteran Wan Rashidah atau mesra disapa Wann tidak gentar untuk disingkirkan semalam.

Tambah Wann,berkata bahawa persediaan dia untuk melangkah pulang ke rumah sudah bersedia dari awal.

“Jujur saya cakap, saya tidak kecewa langsung apabila saya dapat tahu markah saya paling rendah dan tercorot.

“Kalau saya tersingkir. Sampai situ sahaja saya punya perjalanan. Adat permainan sebab saya hanya fikir nak memberikan yang terbaik untuk semasa nyanyi di atas pentas,” katanya kepada The News.

Walaupun Wann diberi komen oleh juri tetap dari segi nyanyian yang agak ‘over’ tetapi Wann masih dengan personaliti dia yang positif.

Sementara itu, ketika ditemu ramah Wan turut menyuarakan bahawa dia tidak akan menerima tugasan lagu dalam Bahasa Inggeris.

“Walaupun saya diberi peluang untuk menyanyikan lagu Bahasa Inggeris automatik saya akan menolaknya.

“Saya takut jika sebutan saya salah semua dan kalau boleh saya tak nak langsung,” katanya lagi.