Syed Saddiq rela hati lepas jawatan jika penyelewengan berlaku

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lantang menyuarakan dirinya rela lepaskan jawatan jika terbukti wujud penyelewengan dan salah guna kuasa yang membabitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung pemberian tender berkenaan.

Turut difahamkan, Projek yang membabitkan pemberian kontrak pembekalan makanan bernilai RM7 juta kepada sebuah syarikat di Institut Belia Negara (IKBN) di tiga negeri adalah Melaka, Selangor dan Perlis.

Semasa Syed Saddiq membuat penggulungan Perbekalan 2020 peringkat Jawatankuasa yang membabitkan kementeriannya pada sidang sesi petang suasana menjadi kecoh apabila Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bangun mencelah dengan.

Kemudian, Mohd Shahar bertanya Syed Saddiq, sama ada beliau sanggup meletak jawatan jika terbukti berlaku salah guna kuasa membabitkan kontrak berkenaan.

Lantas Syed Saddiq mengulangi pendiriannya sedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, namun terus `diasak’, sama ada mahu meletak jawatan jika terbukti berlaku penyelewengan.

Desakan itu menyebabkan beliau mengangkat tangan kanannya dan bersumpah: “Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Allah sebagai bukti kalau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis membuktikan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan, saya orang pertama meletak jawatan.”

Syed Saddiq berkata, beliau tidak takut berdepan dengan siasatan pihak berkuasa terbabit, malah sudah mengarahkan pegawainya membuat laporan kepada SPRM.

Tambah beliau, ketika pentadbiran kerajaan terdahulu berlaku banyak penyelewengan sehinggakan ada projek diluluskan oleh UMNO peringkat bahagian.

“Zaman rundingan terus sudah berakhir dan kini pemberian projek mengikut tender kerana kita tidak mahu duit rakyat dibazir dan diselewengkan,” katanya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian mencabar Mohd Shahar dan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Paya Besar) yang bertubi-tubi menyerang Syed Saddiq meletak jawatan jika menteri berkenaan terbukti tidak bersalah dalam kes berkenaan.

Mohd Shahar berulang kali meminta penjelasan menteri berhubung kes berkenaan walaupun Syed Saddiq konsisten dengan jawapan kementeriannya menyerahkan kepada SPRM dan polis untuk membuat siasatan.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berulang kali mengingatkan Ahli Dewan Rakyat supaya menghormati penggulungan menteri dan tidak mengganggunya, namun Ahli Parlimen Jelebu dan Paya Besar terus mengasak Syed Saddiq.

Sebelum itu, Jalaluddin mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa kontrak bernilai RM7 juta diberikan kepada sebuah syarikat membabitkan tiga IKBN berkenaan.

Tambah lagi, Beliau juga menyebut nama syarikat yang dikatakan diberi kontrak bernilai RM7 juta.