Comel Je Ruhainies Kongsi Kekasih beli Anggur Mahal

Cukup menarik perhatian netizen ketika ini tentunya perkongsian video pendek pelakon Ruhainies tentang segugus anggur yang dibeli kekasihnya.

Kalau ada yang tidak menonton sampai habis pasti tidak tahu apa perbezaan anggur yang dikongsi pelakon itu.

Apa yang mengejutkan Ruhainies apabila anggur seberat 600 gram itu dibeli dengan berharga RM 148.

Ruhainies yang agak terkejut dengan cara membeli belah kekasihnya itu turut menasihatkan agar wanita di luar sana memberi perhatian kepada kekasih dan suami kalau minta belikan barang.

Inilah yang berlaku kalau biarkan teman lelaki belikan buah. Anggur dapat berapa ketul sahaja, ini baru satu barang . Tak periksa lagi yang lain. Jenuh, nak tanam anggur la lepas ni,” tulisnya.

Bagi menjelaskan mengapa dia agak terkejut, kata pelakon ini juga rasa buah anggur yang dibeli itu juga sama dengan buah anggur yang lebih murah.

Rasa anggur ini sama sahaja dengan yang RM 10 punya ye kawan-kawan. Korang kena perhatikan kekasih atau suami kalau belikan barang,” nasihat Ruhainies.

Walaupun kelakar, tetapi memang betulpun kata-kata pelakon ini bukan. Tetapi tengok juga lah pendapatan kekasih atau suami korang macam mana, kalau sudah gaji sebulan RM 2000 ditambah dengan pelbagai komitmen, pasti tidak akan membeli buah semahal itu.