[Video] Farid Kamil dedah pengalaman dua bulan setengah di penjara

Siapa sangka menjalani hukuman selama dua bulan setengah di penjara menjadi antara pengalaman paling berharga buat pelakon, pengarah dan penerbit, Datuk Farid Kamil.

Ketika mereka di luar sana membayangkan segala yang buruk tentang “lokasi” itu bagi Farid selepas berada sendiri di penjara dia akui ada yang berbeza tentang berada bebas di luar dan terkurung di penjara.

Tambah Farid bangun solat tahajud dan khatam Al-Quran dalam masa sebulan menjadi antara perkara yang sentiasa membuatkan dia bersyukur untuk mendapat pengalaman ini.

“Pengalaman ketika berada di sana (penjara) adalah perkara baru yang sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata.

“Saya berpeluang menilai diri. Selain itu, saya juga diterima dengan sangat baik oleh mereka (banduan) yang berada di sana yang membuatkan saya terharu.

“Mereka tahu dan mengenali saya. Di sana, mereka beri sokongan kepada saya untuk jangan mudah jatuh, tetapi bangun semula dan teruskan berlari,” katanya.

Merupakan penerbit pengarah filem Remp-It 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Tidak dinafikan Farid pada dua hari pertama di penjara dia melalui harinya sama seperti yang digambarkan di dalam filem.

“Pada dua hari pertama ya. saya membayangkan situasi di dalam penjara adalah seperti apa yang pernah ditonton dalam filem Hollywood. Namum realitinya berbeza,” katanya.