Warga Kanada disyaki positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dibawa dari KLCC ke HKL

Melalui laporan Mstar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan seorang warga Kanada telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

 

Dalam satu sidang media pada Rabu, Dr Dzulkefly berkata pihaknya akan terus berhubung dengan HKL bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya pun baru dapat maklumat mengenainya… saya kira pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga.

 

“Pesakit telah dibawa ke HKL. Kami akan dimaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti. Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana,” katanya kepada Mstar.

Sementara itu tular hari ini gambar pasukan Hazmat dan anggota polis yang dilihat berada di Tower 3, Menara Petronas, bangunan KLCC, pagi Rabu.