Noor Nabila terima hadiah seterika harga RM13K?

BEKAS isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dipercayai menerima hadiah seterika daripada adiknya, Neelofa berharga hampir RM13,000.

Ini selepas gambar menerima seterika itu dikongsikan menerusi media sosial.

Dia mendapat hadiah itu kerana berpindah ke rumah baharu bersama anaknya Jebat Jayden Ahmad.

Harga seterika itu pula didedahkan salah seorang pengikutnya di media sosial terbabit.

Apa-apa pun Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada adiknya kerana menghadiahkan satu set seterika itu.