“Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke?” – Siti Sarah bersuara selepas dikecam beri bantuan kepada frontliner

PENYANYI Siti Sarah akui terkilan dan kecewa apabila niatnya memberi bantuan kepada petugas hadapan menjadi kecaman netizen.

Kecaman-kecaman tersebut diperoleh menerusi DM di laman sosial miliknya.

Menurut Sarah, tujuan utama dia bagi bantuan tersebut untuk menghargai jasa dan pengorbanan kepada mereka yang berjuang putuskan rantaian Covid 19.

Berikut luahan Sarah dalam Instagram miliknya.

Perkongsian Sarah di Instagram.

“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, ape lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi teruk jadinya…Yang nak marah sangat tu kenapa? Kite bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu?

“Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke? Frontliner tu ada yang tak cuti cuti, banyak sangat dugaan yang mereka kena hadap.

“Apa yang Sarah bagi kecik je, just nak buat diorang happy. At least dapat bagi semangat & buat diorang Happy utk hari tu. Video Sarah bagi barang-barang lain tu pun just nak buat kenang-kenangan. Ikhlas ke tak, bukan kita tentukan.

“Perkara tu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang tu? Kepada akak-akak frontliner Malaysia yg bagi komen & DM yg baik-baik, Sarah doakn moga diberikan kslamatan & sentiasa berada dalam lindungan & rahmat Allah, tulis Sarah.