Jennie (Blackpink) sambut hari lahir ke-25, hadiahkan peminat video basuh baju

SALAH seorang ahli kumpulan Kpop Blackpink iaitu Jennie baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25, 16 Januari lalu.

Dan sebagai hadiah buat peminat dan diri sendiri, Jennie atau nama sebenarnya Jennie Kim ini membuat keputusan untuk melancarkan saluran Youtube peribadinya sendiri.

Lebih mengagumkan, saluran yang diberi nama Jennierubyjane Official itu telah mendapat lebih 2.1 juta subscribers hanya dalam tempoh 72 jam selepas dilancarkan.

Saluran Youtube Jennie mendapat lebih 2.1 juta subscribers dalam tempoh 3 hari.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Lovesick Girl ini memaparkan aktiviti hariannya yang tidak pernah dipaparkan termasuklah aktiviti membasuh baju.

Gadis manis ini turut menghadiahkan lagu cover When Will My Life Begin? nyanyian Mandy Moore sambil melakukan pelbagai aktiviti peribadi di rumah.

Jennie turut meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur kepada peminat yang menyokong kerjayanya dan berjanji akan memuat naik lebih banyak kandungan di saluran Youtube tersebut.

Jennie turut papar aktiviti bermain bersama anjing peliharaannya, Kuma.

Video pertama yang di muat naik di saluran Youtube tersebut telah mendapat hampir 8 juta kali tontonan setakat artikel ini ditulis.

Untuk rekod, Jennie telah mencatat rekod peribadi apabila single Solo nyanyiannya telah ditonton lebih 600 juta kali yang menjadikannya penyanyi wanita Korea Selatan pertama yang memperoleh angka tersebut.

Most Popular