Tomok Bakal Timang Anak ketiga

Penyanyi Tomok dan isterinya Rahayu Abas bakal menimang anak ketiga mereka tahun hadapan. Berkongsi berita gembira ini melalui laman Instagram miliknya sebentar tadi. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail memberitahu isterinya kini hamil tiga minggu.

Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga .
ayah doakan dibu di permudahkan segalanya.” 

Arrian dengan Andra nak dapat adik!! yeyyyyyy. Alhamdulillah..terima kasih ALLAH!!,” melalui kapsyenya.

Turut berkongsi berita gembira ini adalah rakan artis dan peminat yangjuga turut mengucapkan tahniah buat keluarga bahagia ini.

Sementara itu Tomok dan Rahayu berkahwin pada Jualai 2011. Melalui perkongsian hidup selama Sembilan tahun ini merera dikurniakan dua cahaya mata , Arrianshah Akid, 7 dan Andrashah Iman, 5.